Tips Penulisan Bagus

Posted by Mazniza 13/08/2018 0 Comment(s) Penulisan,

 

Tips Menjadikan Penulisan Lebih Baik

 

Apabila kita membaca sesebuah buku, pastinya kita tertanya-tanya bagaimana seseorang penulis itu mampu menulis dengan baik? Bagaimana mereka mampu menyusun patah perkataan dengan cantik dan teratur? Dari mana mereka mendapatkan kosa kata yang menarik dan sesuai dengan penulisan mereka?

 
Mahu saya berikan tipsnya? Mudah sahaja. Tipsnya adalah banyakkan latihan. Saya pasti ada yang berkata, "Itu aku pun tahu."
 
Cuba kita lihat penulis-penulis best seller yang ada di Malaysia ini. Tanyakan pada mereka berapa lama mereka berada dalam industri sebelum nama ataupun  karya mereka dikenali. Ada yang kata 2 tahun, ada yang kata 3 tahun dan ada juga yang lebih dari 5 tahun berkarya.
 
Apa yang mereka lakukan? Mereka menulis setiap hari. Maksudnya mereka berlatih setiap hari. Saya terjumpa satu kata-kata hikmah.
"MOTIVATION is what get you started. HABIT is what keeps you going. "
~ Jim Ryun
Apa yang saya belajar daripada kata-kata ini? Jadikan penulisan itu 'habit' kita, ia akan memudahkan kita menulis dengan baik. Ini yang apa saya buat sekarang. Cuba memotivasikan diri menulis setiap hari dalam blog supaya saya mampu menulis buku saya sendiri pada satu hari nanti.
 
Semoga bermanfaat.
Tags: penulisan
Loading...
Loading...