Hebatnya Selawat Tafrijiyyah

Posted by Mohamad Feroz 13/08/2017 0 Comment(s)

Hebatnya Selawat Tafrijiyyah

 

Kes 1: Seorang pesakit sedang menghadapi saat kronik. Baru tahu beliau ada leukimia tahap 4.

Seluruh ahli keluarga cemas. Hilang punca dan hilang keceriaan.

Tidak tahu bagaimana hendak menghadapi detik genting sebegitu.

Atas saranan dari seorang ustaz, mereka membaca Selawat Tafrijiyyah.

Dipanggil palajar tahfiz dari sebuah madrasah untuk membaca sebanyak 4444 kali.

Kes itu telah berlaku awal tahun lepas. Dan sehingga hari ini, pesakit itu masih meneruskan rawatan. Beliau kelihatan normal dan ceria.

.

Kes 2: Seorang lelaki terkena strok di Australia, sewaktu mereka sekeluarga sedang bercuti.

Agak membimbangkan apabila mereka tiada pilihan untuk meletakkan pesakit di sebuah hospital untuk jangka masa yang tidak pasti.

Salah seorang ahli keluarga menyarankan agar membaca Selawat Tafrijiyyah sebanyak 4444 kali.

Maka mereka merayu bantuan dari jemaah di sebuah masjid di sana untuk turut sama menghabiskan sesi membaca selawat.

Akhirnya, kuasa ALLAH, pesakit berjaya dipulihkan dalam jangka masa pendek. Ini mengejutkan beberapa orang Doktor pakar disana.

Pesakit akhirnya dibawa pulang ke tanah air dengan selamat.

.

Kes 3: Seorang usahawan jatuh bangkrap. Diisytiharkan muflis. Tahun yang sama, beliau mendapat tawaran mengerjakan haji.

Beliau mengambil tindakan nekad. Berusaha bersendirian membaca Selawat Tafrijiyyah.

Bergantung harap sepenuhnya kepada AL KHALIQ.

Disamping membaca Selawat Tafrijiyyah, beliau solat Subuh BERJEMAAH di masjid, sedekah Subuh, dan banyak beristighfar.

Hampir membuat keputusan untuk tidak pergi menunaikan ibadah haji.

Tetapi kuasa ALLAH. Seorang sahabat membantu menjualkan tanah pusaka dalam waktu terdekat.

Dan dengan wang itulah dia membayar semua hutangnya.

.

Dan banyak lagi perkongsian oleh ramai sahabat kepada saya.

.

Kenapa saya ceritakan disini ?

Kerana dalam tempoh beberapa bulan ini, saya telah menerima banyak rintihan dari beberapa orang sahabat yang sekarang dalam keadaan genting dalam hidup mereka.

Ada yang menghadapi masalah kewangan yang genting.
Ada yang menghadapi penyakit kronik.
Ada yang berhadapan dengan suami yang hendak berpoligami.

 

# KES lelaki yang hendak berpoligami adalah paling menarik, sehinggakan saya ketawa.

"Abang Long, tadi saya ada masukan duit untuk belanja abang long."

Saya tanya, "Duit, untuk apa ya?"

"Suami saya tak jadi kahwin lagi. dia dah belikan saya rumah lagi besar. Atas nama saya."

"Hai, puan pakai Bomoh ke? tak baik tau, haram tu.!" saya mengusiknya.

"Mana ada Bomoh, Abang Long lah bomoh tu! kan Abang Long suruh saya membaca Selawat Tafrijiyyah." jelas wanita itu dalam riang.

 

Alahai ... saya tak tahu pula selawat itu boleh menjadi penghalang poligami.

Loading...
Loading...