Didik Anak Connect Dengan Allah

New Didik Anak Connect Dengan Allah

Tersentuh hati melihat status anak-anak remaja di paparan dinding muka buku. Muka buku kini menjadi medium berkongsi dan mengadu masalah dengan orang lain. Muzik dan hiburan yang berlebihan pula menjadi wadah yang paling ampuh meleraikan tekanan dalam diri mereka pada masa kini.


Dimana silapnya apabila Allah hanya diingati ketika solat dan ketika menghadiri majlis keagamaan? Bagaimana cinta boleh hadir tanpa mereka kenal siapa Allah? Apakah peranan kita sebagai ibu bapa untuk melihatkan kepada mereka bahawa Allah itu lebih besar dari segala cabaran dan masalah yang mereka hadapi di dunia ini?


Kadangkala dangkalnya kita untuk menjawab soalan anak seperti "Mama, Allah itu dimana?" "Bagaimana rupa Allah mama?" sehingga kita menganggap biarlah tugas mengenalkan Allah hanya dilakukan oleh ustaz dan ustazah di sekolah. Hakikatnya, proses mengenalkan Allah adalah bermula dari hari pertama mereka melihat dunia.


Empat tahun lalu ketika saya menyatakan Allah itu maha baik kepada anak saya yang berumur 4 tahun, dia bertanya semula, "Kalau Allah itu maha baik, kenapa Allah ambil atuk saya mama?" Ketika saya katakan padanya Allah itu maha menjaga, dia kembali bertanya, " Kalau Allah itu maha menjaga kenapa saya tidak dapat melihatNya mama?".


Hampir putus asa ketika mula-mula mengenalkan konsep kebergantungan pada Allah kepadanya. Namun, tetap juga berusaha sehinggalah akhirnya kini pada usianya 8 tahun, setiap kali kami berpisah, dia pasti menenangkan saya dengan kata-katanya, "Mama jangan risau, Allah ada dan sentiasa menjaga saya"

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good

Free Shipping

This product qualifies for free air shipping.

2 Product(s) Sold
  • RM20.00
  • Ex Tax: RM20.00
Loading...
Loading...